Container Icon

Refleksi

Secara umumnya, kami merasakan bahawa kursus Technology In Education ini sangat bermanfaat khususnya bagi guru-guru. Hal ini kerana era pendidikan masa ini lebih bersifat global dan tanpa had batasan. Oleh itu amat penting bagi kami untuk mengaplikasikan kaedah pembelajaran yang lebih interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kursus ini kami telah mempelajari cara-cara untuk membuat advance power point, blog dan kaedah-kaedah yang sesuai untuk diterapkan dalam proses pembuatan blog tersebut. Antara kelebihan-kelebihan yang boleh dikenalpasti sekiranya mengamalkan pengajaran yang berkonsepkan penggunaan teknologi ini adalah mampu meransang pelbagai deria pelajar. Pelajar boleh melihat, mendengar serta menmgaplikasi dalam pembelajaran mereka. Selain itu, ia juga mampu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru  dan memudahkan guru untuk melakukan pengulangan. Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah -pensyarah yang telah mengorbakan masa dan tenaga demi menjayakan dan memastikan anak-anak didiknya mencapai tahap pembelajarn yang terbaik. SEKIAN.....

Ikhlas Daripada.. 

NORMAZIAH BINTI BAHARUDDIN  G 1025410 
NOORAKMA BINTI MOHD SABAR  G1021166 
ZUBAIDA BINTI CHAMANGAI     G 1021360
NUUR HURAIZAH BT ABU HANAFIAH




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Topik 1.2 : Kepentingan Kawasan Tanah Tinggi

Berikut dilampirkan gambar-gambar mengenai kepentingan kawasan tanah tinggi. (Sumber gambar: Kementerian pelajaran Malaysia)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Topik 1.1: Bagaimana Tanah Tinggi Terbentuk??

Tanah tinggi terbentuk hasil daripada proses mampatan dan regangan pada permukaan bumi. Video diatas menerangkan mengenai proses mampatan yang membentuk kawasan tanah tinggi beserta gunung ganang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Topik 1.0: Keistimewaan Malaysia

  • Kedudukan yang strategik menjadikan Malaysia masyhur sebagai Pusat Perdagangan Antarabangsa
  • Mempunyai pelbagai bentuk muka bumi
  • Terletak di luar Lingkaran Api Pasifik

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Objektif dan Hasil Pembelajaran: Bentuk Muka Bumi Tanah Tinggi Malaysia



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENGENALAN

PENDIDIKAN BERSEPADU DALAM MATAPELAJARAN GEOGRAFI
Pendidikan bersepadu adalah usaha memperkembangkan ilmu pengetahuan bersama-sama dengan nilai murni tanpa menjejaskannya. Pendidikan bersepadu menekankan ilmu pengetahuan bersama-sama dengan nilai murni dan akhlak mulia. Dalam konteks masyarakat islam, ilmu fardu ain dan fardu kifayah dapat memperkasakan pemikiran dan mengharmonikan nilai-nilai murni. Pendidikan bersepadu menjadikan al-Quran sebagai sumber ilmu dan akhlak manusia. Mempelajari akidah ialah mempelajari mengenai faktor ghaib, iaitu Allah dan menghubungkannya dengan benda yang nyata.Kekuatan minda dan kemahiran berfikir dipacu oleh nilai. Nilai dan akhlak penting bagi generasi muda memenuhi diri dengan ilmu pengetahuan. Nilai menjadi kayu pengukur yang memberikan manusia petunjuk mengenai sesuatu yang baik dan buruk dalam sesuatu perkara. Matlamat pendidikan bersepadu melahirkan masyrakat yang baik dan mulia iaitu membina pembangunan bangsa.          
Dalam matapelajaran geografi, pendidikan bersepadu tetap diterapkan walaupun ia merupakan salah satu cabang sains. Dalam subjek geografi, ia banyak meenggunakan kajian saintifik bagi mendapatkan jawapan tentang sesuatu perkara yang berlaku seperti bencana alam. kaedah yang biasa digunakan adalah kajian lapangan, analisis, kajian di makmal dan sebagainya. Walaupun begitu, ia tetap tidak menolak bahawa kejadian alam yang berlaku disebabkan fitrah alam dalam menrencana semula sistemnya dan setiap kejadian ada penyebabnya. Sebagai contoh adalah gempa bumi. Gempa bumi yang berlaku pada skala 9 menyebabkan kemusnahan yang amat dasyat seperti kehilangan nyawa, kemusnahan ekosistem, tsunami, dan kerosakkan harta benda. Namun disebalik kejadian itu, ia sebenarnya cara bagaimana bumi kita berfungsi dalam membetulkan sistem lapisan bawah bumi ke kedudukan asalnya yang mengalami perubahan.


Prinsip Pendidikan Bersepadu


Pendidikan berteraskan kesepaduan dalam matapelajaran geografi mengandungi beberapa prinsip. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Abdullah Mohd Noor terhadap persepsi guru-guru geografi terhadap prinsip pendidikan bersepadu adalah, antaranya termasuklah ia berfungsi dalam mengembangkan daya intelektual yang berasaskan akidah dan berpaksikan tauhid. Pengembangan intelektual berasaskan akidah dan tauhid adalah penting dalam membentuk minda pelajar yang berakhlak, bermoral dan bersopan santun serta mengamalkan agama dalam kehidupan seharian. Tanpa akidah dan tauhid pelajar akan mudah terjebak dengan masalah keruntuhan moral di samping masalah-masalah sosial yang lain.
Pendidikan hendaklah mempunyai hubungan yang rapat antara manusia dengan tuhan. Ini amat penting kerana setiap perkara yang hidup di dunia ini mempunyai pencipta. Manusia telah dicipta oleh tuhan mengikut kepercayaan masing-masing. Dalam islam manusia dicipta daripada cantuman air mani lalu membentuk seketul daging, berkembang menjadi bayi dan membesar di dalam perut ibu selama sembilan bulan sepuluh hari dan kemudiannya dilahirkan ke dunia ini. Hasil ciptaan sempurna oleh Allah S.W.T ini iaitu manusia haruslah bersyukur diatas segala kurniaanNya lahir sebagai sebaik-baik kejadian. Dengan pendidikan yang diterima manusia dapat mengenali, mendekatkan diri, serta beriman kapada tuhan dengan puji-pujian seperti zikir, pembacaan al-Quran, kitab-kitab,dan sebagainya. Tanpa ilmu dan pendidikan amat payah untuk beramal kearahNya.
Selain itu, pendidikan mesti menyatupadukan ilmu fardu ain dan fardu kifayah secara teori atau praktis.  Ini secara tidak langsung dapat melahirkan guru yang sentiasa beramal, berakhlak dan berbudi pekerti yang mulia yang dituntut agama. Ia juga dapat melahirkan modal insan yang berdisiplin, bertanggungjawab, dan lain-lain. Ini kerana guru berperanan sebagai role model kepada pelajar dan bukan sahaja sebagai pendidik. Setiap langkah yang diatur akan diperhatikan dan dinilai oleh pelajar dan orang lain. Pendidikan tidak akan sempurna tanpa keserasian antara ilmu agama dan akal.
Berteraskan kepada pendidikan umum yang bertujuan  mengembangkan  aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta memupuk akhlak mulia adalah antara prinsip dalam pendidikan bersepadu. Ini penting dalam melahirkan guru yang berwibawa yang sentiasa maju ke hadapan dan aktif. Guru sebegini biasanya amat disukai oleh pelajar kerana keceriaan, kelucuan yang dibawa oleh guru tersebut.Tetapi dalam pada yang sama masih terdapat ketegasannya. Guru sebegini sentiasa cerdas, aktif, bijak mengimbang suasana, dan sebagainya dalam menyampaikan ilmu. Guru geografi khususnya perlu mempunyai sikap sebegini kerana matapelajaran geografi bukan sahaja perlu dipelajari secara teori tetapi juga praktikal disamping dapat menggunakan segala kemahiran yang ada serta aktif dan mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajarannya kepada pelajar.


Matlamat Pendidikan Bersepadu

Matlamat utama pendidikan yang sebenar adalah untuk mewujudkan manusia yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Ini penting dalam melahirkan insan yang bakal memimpin masa depan negara . Penerapan ini diharapkan mampu untuk membimbing pelajar khususnya daripada peringkat awal hingga dewasa agak mereka menjadi insan yang berguna dan sentiasa maju selangkah kehadapan disamping dapat memartabatkan negara ini di mata dunia bersama-sama dengan pegangan yang dibawa.
            Selain itu, perlaksanaan pendidikan bersepadu dapat meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan, dan kerohanian di kalangan pelajar. Nilai-nilai ini amat penting dan perlu ada dalam diri setiap pelajar kerana dengan adanya nilai ini dapat melahirkan keharmonian dalam masyarakat tanpa adanya sifat dengki disamping bertolak ansur dan saling hormat menghormati. Ia dapat mengelakkan sebarang perasaan prajudis dan diskriminasi terhadap orang lain atau mereka yang berbeza kaum.
            Masalah disiplin dan keruntuhan akhlak yang sering berlaku dewasa kini seperti gejala sosial seperti isu pembuangan bayi, pelacuran, mat rempit, buli dan sebagainya dapat diatasi dengan wujunya pendidikan bersepadu ini. Penekanan terhadap konsep ketuhanan dapat mengingatkan mereka terhadap segala perbuatan salah yang dilakukan akan mendatangkan kemurkaan dan tidak direhdai oleh yang Allah S.W.T. lalu keinsafan akan lahir dalam diri mereka dan dapat menghalang diri dari melalukan sebarang perbuatan yang dapat meruntuhkan akhlak.
            Manusia yang seimbang juga dapat dilahirkan melalui pendidikan bersepadu ini di mana penghayatan ilmu secara mendalam dan seterusnya melahirkan pakar dalam bidang-bidang tertentu dan arif dalam semua bidang ilmu. Seperti yang telah diketahui dalam pendidikan bersepadu, setiap satu matapelajaran yang diajar ia akan dihubungjalinkan dengan matapelajaran yang lain juga. Di sini para pelajar bukan sahaja mempelajari satu matapelajaran sahaja tetapi lebih daripada satu dan ilmu ini amat berguna dalam memantapkan ilmu pengetahuan sedia ada dan dapat membantu dalam menghadapi dunia globalisasi masa kini yang penuh dengan cabaran dan persaingan.
            Selain itu juga pendidkan bersepadu dapat meningkatkan keimanan, ketaatan dan tauhid terhadap Allah S.W.T. Di mana ia diterapkan semenjak kecil lagi oleh ibu bapa dan seterusnya ditingkatkan lagi semasa zaman persekolahan melalui sukatan latapelajaran yang diajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan sama ada diluar kelas atau di dalam kelas. Peringkat ini para guru memainkan peranan yang besar dalam penekanan terhadap konsep ini dan bukan hanya guru agama sahaja.    
           

Pelaksanaan Pendidikan Bersepadu dalam KBSM

Pendidikan bersepadu merupakan merupadan gabungan daripada kesepaduan antara kurikulum dan sahsiah. Dalam rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ia menggabungkan pendidikan dengan nilai-nilai murni yang diserap dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Ini akan membawa kepada kesepaduan dalam pembangunan tamadun dan pembangunan insan sebagai tunggak harapan negara dan bakal pemimpin masa hadapan.
Dalam pelaksanaan pendidikan bersepadu dalam KBSM, aspek ilmu pengetahuan perlu disepadukan dengan unsur-unsur ketakwaan. Unsur ketakwaan penting dalam melahirkan insan yang takut akan tuhannya dan sentiasa beriman serta berusaha menuju ke jalan kerehdaanNya. Seperti yang kita lihat daripada awal lagi unsur ketuhanan tidak dapat dipisahkan kerana ia merupakan tiang kepada kehidupan kita tidak kira apa pegangan agama kita terutama di negara ini yang setiap masyarakatnya hidup secara berbilang bangsa dan agama.
Dalam KBSM juga, ilmu dalam sesuatu matapelajaran disepadukan dengan matapelajaran yang lain bagi mewujudkan keharmonian dalam setiap matapelajaran tersebut. Ini bertujuan agar para pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam tentang setiap matapelajaran yang dipelajari serta mampu menghubungkaitkan setiap ilmu yang diterima oleh mereka. Guru memainkan peranan yang amat besar dalam perkara ini, kerana guru perlu bijak menghubungkaitkan matapelajaran yang diajar dengan matapelajaran yang lain. Contohya guru geografi sering menghubungkaitkan matapelajaran geografi dengan matematik di mana para pelajar diajar untuk mengira waktu antarabangsa, jarak, membuat graf dan menghasilkan carta. Bagi memahirkan diri dalam subjek ini, pelajar perlu mempunyai pengetahuan asas dalam matapelajaran matematik. Dengan pengetahuan yang ada, mereka dapat menyelesaikan segala permasalahan dalam subjek tersebut dengan baik dan dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam matematik.
Pengajaran juga memerlukan pendekatan yang bersepadu di mana menghubungkan nilai-nilai murni, akhlak dan  hal-hal yang berkaitan kerohanian. Guru perlu membuat persediaan awal dan secukupnya bagi memastikan bukan sahaja ilmu yang mampu dicurahkan kepada pelajar tetapi juga segala nilai-nilai murni, unsur rohani seperti bersabar, bersyukur, bermuhasabah diri, dan berakhlak mulia mampu ditonjolkan. Dengan ini para pelajar bukan sahaja dapat mengutip ilmu semasa proses pengajaran dan pembelajaran tetapi juga nilai-nilai murni yang diterapkan. Dengan ini para pelajar dapat meneladani dan mempraktikkan perkara yang dipelajari di sekolah hingga di luar sekolah dengan masyarakat sekeliling.
Pendidikan bersepadu berteraskan pendidikan islam sesuai dilaksanakan di sekolah tidak kira sekolah itu mempunyai berbilang bangsa dan agama. Ini kerana tidak semua yang terdapat dalam pendidikan islam itu sendiri tidak sesuai untuk dipelajari dan dipraktikan oleh mereka yang berbeza agama dan bangsa. Dalam pendidikan islam itu sendiri ada diajar supaya sentiasa berkata besar, bertanggungjawab, mengasihi dan mengasihani sesama insan, jangan berbuat zalim,jangan melakukan kemungkaran dan sebagainya. Ini akan menjadi panduan dan pengajaran kepada semua pihak dan bukannya mereka yang beragama islam itu sendiri. Ini dapat menbentuk dan mencorak minda setiap pelajar.
Walaupun aspek rohani, emosi, jasmani, intelek, dan keimanan kepada tuhan ditekankan, pencapaian akademik tetap penting di mana pencapaian yang dicapai oleh pelajar mengambarkan tahap pemahaman dan penguasaan mereka dalam setiap subjek yang telah dipelajari. Semakin tinggi pencapaian mereka semakin tinggi juga tahap pemahaman mereka. Sistem pendidikan di Malaysia sendiri menekankan kepada keputusan peperiksaan di mana mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang berpeluang cerah melangkah kaki ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS